Skip to main content

Advertisement

Badminton

India masih terkejut peletakan jawatan Kim Her

kim-her.jpg
Kesemua pemain serta pegawai skuad badminton India masih lagi tidak dapat menerima hakikat mengenai peletakan jawatan secara mengejut oleh jurulatih beregu, Tan Kim Her, yang terpaksa meninggalkan pasukan kerana masalah keluarga.

Kim Her, yang juga bekas pemain beregu lelaki negara, sah meninggalkan skuad badminton India bermula 2 Mac lalu.

Peletakan jawatan Kim Her secara tiba-tiba ternyata memberi kesan kepada motivasi skuad beregu India dalam saingan Seluruh England kali ini

Sepanjang tiga tahun bersama India, Kim Her membantu menaikkan prestasi beregu lelaki, wanita dan campuran sehingga mereka memenangi pingat emas acara campuran berpasukan dalam Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu buat julung kali selain perak bagi acara beregu lelaki menerusi Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

"Saya boleh katakan kami agak terkejut kerana tidak menjangkakan ia berlaku sebelum aksi di sini. Seperti pemain lain, kami agak kecewa tetapi perjuangan perlu diteruskan. Kami harap dapat menemui jurulatih baru yang bagus apabila pulang nanti," kata pemain beregu wanita India, Ashwini Ponnapa.

Difahamkan, Persatuan Badminton India sudah pun mendapatkan dua calon sesuai untuk menggantikan tempat Kim Her tetapi keputusan tersebut hanya akan diketahui sejurus tamat saingan Seluruh England, Ahad ini.

"Kami melalui tiga tahun yang baik bersama dia. Tiada antara kami menjangkakan dia akan meninggalkan pasukan. Kami sangat sedih tetapi apa yang boleh kami lakukan?" tambah Ashwini.

"Kami sudah membariskan dua calon sesuai tetapi keputusan akan dibuat apabila kami pulang."
 

Advertisement

Must Watch Video