Skip to main content

Badminton

Hari ini dalam sejarah: Mercu tanda sukan badminton tercipta, Malaysia rangkul Piala Thomas!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-juara-piala-thomas.jpg
16 Mei 1992 detik cukup penuh bermakna dalam sukan badminton Malaysia, skuad negara menewaskan Indonesia 3-0 di pentas final di Stadium Negara sekaligus dinobat sebagai juara Piala Thomas.

Ternyata detik itu membawa kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia, 10,000 penonton yang membanjiri stadium sementara di seluruh negara yang menyaksikan pertembungan penuh epik itu. 

Rata-rata menganggap skuad 1992 yang ditunjangi barisan anak-anak Haji Sidek Abdullah Kamar telah mencipta keajaiban apabila membawa kembali piala keagungan badminton dunia itu ke bumi Malaysia.

Di pentas final, Rashid Sidek memulakan langkah bergaya dengan meletakkan Malaysia di depan selepas menundukkan Ardy Wiranata 15-11,10-15,15-4 sebelum kedudukan itu disamakan Indonesia menerusi gandingan Rudy Gunawan/Eddy Hartono menang ke atas Razif/Jalani Sidek yang berlanjutan ke set penentuan.

Bagaimanapun, kedudukan itu kembali memihak kepada Malaysia apabila Foo Kok Keong mengetepikan cabaran Alan Budikusuma 15-6,15-12 sebelum pasangan Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang mengesahkan kemenangan paling nostalgik dengan menewaskan gandingan berpengalaman, Rexy Manaiky/Ricky Subagja 15-12, 10-15, 15-8.

Semoga kenangan ini menjadi pemangkin Malaysia mencipta kejayaan Piala Thomas akan datang! 

Advertisement

Must Watch Video