Skip to main content

Badminton

Haikal Nazri tidak sabar beri duit raya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haikal-nazri.jpg
Pemain beregu lelaki negara, Muhamad Haikal Bin Nazri, bukan sahaja tidak sabar menyambut Hari Raya di kampung halamannya tetapi pemain berusia 21 tahun itu lebih teruja untuk memberikan duit raya kepada saudara maranya.

Haikal akan pulang bercuti di kampung halamannya di Kelantan dan bintang muda itu sudah memupuk semangat untuk memberkati ahli keluarganya untuk meraikan sambutan perayaan yang dijangkakan pada Rabu ini.

Pemain kidal itu merupakan pemain yang semakin meningkat naik dengan pasangan regunya Choong Hon Jian dan kini telah berada pada kedudukan ke 28 dunia selepas merangkul gelaran juara Orleans Masters.

Kini mereka dalam saingan untuk terpilih dalam skuad yang akan bersaing dalam kejohanan Piala Thomas.

"Ini merupakan tahun ketiga saya memberi duit raya. Ia adalah satu perasaan yang menggembirakan.

"Ini kerana ketika masih muda saya akan menerima duit raya tetapi kini sebaliknya.

"Saya bukan daripada keluarga yang berada tetapi saya akan berikan mengukit kemampuan saya sendiri." katanya.

Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini.

Advertisement

Must Watch Video