Skip to main content

Badminton

Hadiah kemenangan pemangkin semangat di final Jelajah Dunia BWF

tan-bin-shen.jpg
Perkembangan menjelang Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF yang kini berbaki dua hari sahaja.

Semangat skuad negara semakin meningkat untuk menampilkan aksi cemerlang menentang lawan terbaik dunia.

Justeru itu, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen, tidak bimbang malah hanya perlu memastikan anak buahnya berada dalam keadaan terbaik untuk membuktikan kemampuan diri.

Bin Shen juga percaya semua pemain lebih teruja merebut kejuaraan di Hangzhou, terutamanya apabila jumlah hadiah kemenangan dinaikkan BWF bagi edisi kali ini.

"Pemain semua dalam keadaan baik dan hanya perlu fokus pada aksi menentang pemain terbaik dunia. Hadiah kemenangan yang kini meningkat bolh menaikkan moral pemain," katanya menerusi Nadi Arena.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video