Bekas pemain campuran negara itu yang melontarkan pandangannya dalam pra-perancangan Terbuka Malaysia di Astro Arena, sebentar tadi, menjelaskan isu ini boleh ditangani.
"Mungkin pemain wanita mudah tercedera.
"Wanita lebih senang cedera daripada lelaki..."
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 9, 2024
Kegusaran di department wanita harus diberi lebih perhatian?#PMO2024 pic.twitter.com/eGRzumKhsL
"Tetapi kalau ada program yang sesuai, kita tak perlu risau pasal ini," katanya.
Pearly Tan-M. Thinaah akan membuka kempen 2024 menerusi Terbuka Malaysia di Axiata Arena, ketika ini, mengintai slot ke Sukan Olimpik Paris, namun berharap dapat mengelak episod kekecewaan tahun lalu berikutan kecederaan Pearly memaksa mereka melupakan Terbuka Singapura, Terbuka Indonesia dan Terbuka Arctic di Finland.
Justeru, Liu Ying beranggapan pemain juga harus bijak mengatur penglibatan dalam kejohanan untuk mengharungi kalendar penting sukan pada tahun ini.
"Pemain perlu bijak memilih kejohanan bagi tujuan pemulihan," katanya lagi.