Skip to main content

Badminton

Gelaran ranking nombor satu dunia Sze Fei-Nur Izzuddin bakal hilang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

korea.jpg
Beregu lelaki Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, bakal menduduki ranking pertama dunia dalam sektor tersebut selepas kerap menampilkan persembahan memukau sejak awal musim ini.

Ini sekali gus, menyaksikan status Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak bertahan dan sekadar berada di carta selama lapan minggu. 

Kim Won-ho-Seo Seung-jae akan menggantikan tempat beregu profesional negara itu selepas mara ke separuh akhir Terbuka Jepun menewaskan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.

Untuk rekod, pembentukan gandingan Korea Selatan itu bermula dari Januari dan memerlukan tujuh bulan untuk berada di kelompok tiga terbaik dunia.

 

Mereka kemudiannya akan menentang Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bagi perebutan separuh akhir, esok. 

Terbuka Malaysia, Terbuka Jerman, Seluruh England dan Terbuka Indonesia menjadi antara kejuaraan yang dimiliki gandingan tersebut pada musim ini.

Sejak 2016, ini adalah kali pertama Korea Selatan mengungguli tempat pertama selepas Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.

 

Advertisement

Must Watch Video