Tonggak badminton para negara, Madzlan Saibon, tidak luntur semangat meskipun hampa dalam misi merampas gelaran dunia di Ulsan, Korea Selatan minggu lalu.
Harapan Madzlan untuk mencipta kejayaan dalam acara perseorangan berkerusi roda WH2 terhenti dalam separuh akhir.
Bagaimanapun, Madzlan berbangga kerana mampu memberikan tentangan sengit kepada pilihan nombor satu, Kim Jungjun dari Korea Selatan.
"Beraksi dalam separuh akhir telah mencapai sasaran saya. Saya telah memberikan tentangan terbaik ketika bertemu Jungjun," katanya.
Keperluan yang berupaya menjulang Madzlan dalam kempen penting akan datang adalah kerusi roda yang digunakan dalam aksi kompetitif.
Ia merupakan bantuan yang diperlukannya ketika badminton para semakin mendapat perhatian daripada badan induk negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Kerusi roda mampu memberikan kelebihan kepada saya, saya berharap jika mendapatkan kerusi roda yang lebih baik, ia akan membantu prestasi saya di gelangang," ujarnya.