Goh Jin Wei kekal sebagai permata badminton negara, namun Malaysia perlu bersabar jika mahu melihat pemain muda itu merealisasikan potensi sebagai jaguh dalam pembikinan, kata Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost.
Frost mengeluarkan kenyataan itu ekoran Jin Wei dikritik hebat selepas bergelut dengan proses peralihan dari pentas remaja ke senior.
Frost berasakan Malaysia mungkin sudah lupa hakikatnya Jin Wei baru meniti usia 17 tahun, lantas fizikalnya masih sedang membesar dan mentalnya dalam proses mencapai kematangan.
"Saya rasa Malaysia meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Dia baru sahaja berusia 17 tahun, jadi dia memerlukan masa untuk membesar bukan sahaja daripada aspek fizikal tetapi juga mental.
"Perjalanan dia masih jauh, kita meletakkan tekanan yang tidak perlu terhadapnya. Masih banyak perkara yang perlu diasah seperti hari ini di mana kami memberi tumpuan terhadap pukulan backhand," jelas Frost.
Ada juga yang cuba membuat perbandingan dengan bintang Jepun, Akane Yamaguchi, yang berupaya menstabilkan diri di pentas Siri Super memandangkan dia memiliki saiz tubuh yang hampir sama dengan Jin Wei.
Bagaimanapun, sebelum ini Jin Wei menegaskan corak permainan dia dan Yamaguchi berbeza sama sekali.
Enggan terperosok dalam perdebatan sedemikian, Frost sedar Jin Wei akan menemui identiti sendiri jika diberi ruang untuk bermain tanpa tekanan.
"Dia mungkin boleh menerapkan teknik pemain lain tetapi bukan 100 peratus. Satu perkembangan bagus apabila dia bersedia untuk mempelajari teknik pemain lain tetapi dia perlu mengekalkan permainannya.
"Apa yang penting, kita perlu terima bahawa masih banyak yang perlu dipelajarinya," tambah Frost.