Nama Datuk Foo Kok Keong jika disebut pasti kita akan mengimbau zaman kegemilangan sukan badminton tanah air di era 80an dan 90an.
Paling diingati tentunya ketika beliau turut menyumbang mata untuk Malaysia muncul selaku juara Piala Thomas pada 1992.
Pada ketika itu Kok Keong berentap dengan perseorangan lelaki Indonesia yang meningkat naik Alan Budi Kusuma dengan menamatkan aksi permainan yang penuh dramatik itu dengan kemenagan straight game.
Rekod kejayaan Kok Keong sebenarnya bukanlah sedikit sejak bermula era kegemilanganya iaitu sekitar pertengahan tahun 80an.
Bermula dengan naib juara Kejuaraan Asia pada 1985, lonjakan kejayaan pemain kelahiran Gombak, Selangor itu kemudianya berterusan hingga ke 90an.
Di Kejohanan Dunia Kok Keong sebenarnya pernah melakar kejayaan selaku naib juara dan ketiga iaitu pada tahun 1989 dan 1982.
Manakala di kejohanan Piala Thomas pula selain membantu negara menjuarainya pada 1992, Kok Keong turut membantu Malaysia muncul selaku naib juara pada 1988, 1990 dan 1994.
Di Temasya Sukan Komanwel, Foo Kok Keong juga pernah menyumbangkan pingat Perak dalam acara perseorangan lelaki iaitu pada tahun 1990 ketika temasya itu berlangsung di Auckland selepas tewas dengan rakan senegara Rashid Sidek dengan 8-15 dan 10-15.
Begitu juga dengan temasya Sukan Asia pada tahun 1990 yang berlangsung di Beijing di mana beliau merupakan pemenang pingat perak.
Di Kejuaraan Asia, Foo Kok Keong meniti kemuncak kejayaan pada tahun 1994 ketika Shanghai menjadi tuan rumah.
Di Waktu itu Kok Keong melakarkan kejutan apabila dia menewaskan Liu Jun di depan mata penyokong mereka untuk muncul selaku juara di aksi final dengan kemenangan 15-13, 9-15 dan 15-3.
Tentu juga kita masih ingat bagaimana Foo Kok Keong memecahkan rekod sejarah badminton negara apabila dia muncul selaku pemain negara pertama mampu memahat sejarah selaku pemain nombor satu dunia oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) pada tahun 1991 selepas sistem baharu yang diperkenalkan oleh badan itu sejak 80an.