Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia: Final Jelajah Dunia: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei fokus lulus peringkat pertama dulu

toh-ee-wei.jpg
Api perjuangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang diundi bersama satu lagi beregu professonal negara iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai dalam Kumpulan B  Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, yang membuka tirai Rabu depan. 

"Undian ini tampak bagus tapi sayangnya diundi bertemu sesama wakil Malaysia. 

"Peluang kami seimbang. Saya harap mereka akan ke separuh akhir tetapi dengan dua wakil China dalam Kumpulan A menjadikan  (situasi) sukar," jurulatih beregu campuran negara, 
Nova Widianto.

Bagi Ee Wei, tiada apa yang bermain di fikirannya dalam penampilan kali kedua ini selain memberikan sepenuh jiwa dan raga untuk menjulang nama negara ke peringkat lebih tinggi.

"Kami mahu melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu. 




"Kami tak perlu fikir terlalu jauh, cukup fokus kepada mengutip mata demi mata. 

"Kami tidak mahu terlalu tertekan kalau tewas. Kami lebih tenang asalkan sudah berikan yang terbaik", katanya yang menduduki ranking kelapan dunia itu. 
 

Advertisement

Must Watch Video