Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: Siaran Langsung (LIVE STREAMING) Perebutan Tang Jie-Ee Wei dan Soon Huat-Shevon Lai ke aksi akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tangjie2.jpeg

Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, melakar persembahan memukau apabila kali pertama melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF selepas menjadi johan Kumpulan B di Hangzhou, China. 

Rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, bakal menjadi halangan mereka apabila kedua-dua wakil kebangsaan tersebut akan berentap dalam perebutan ke aksi akhir pertandingan berprestij itu. 

Begitupun, secara rasminya Malaysia akan mempunyai wakil ke perlawanan akhir yang akan berlangsung esok, menerusi aksi separuh akhir ini.

 

Siaran Langsung & Live Streaming Chen Tang Jie-Toh Ee Wei vs Goh Soon Huat-Shevon Lai: Final Jelajah Dunia BWF

Advertisement

Tarikh: Sabtu, 14 December 2024

Masa: Bermula 9.30 pagi

Saluran: Astro Badminton CH815, Astro GO & sooka

Venue: Hangzhou Olympic Sports Centre Gymnasium - Court 1

Must Watch Video