Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi 21-11, 21-12 di Hangzhou semalam.
Kemenangan dominan itu menyaksikan Axelsen melunaskan dendamnya ke atas Yu Qi selepas tewas dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, sekali gus mengukuhkan reputasi jaguh Denmark itu sebagai perseorangan lelaki terbaik era ini.
Ia merupakan kemenangan kelimanya dalam kejohanan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Final Siri Super Dunia.
Kemenangan itu juga menyaksikan Axelsen menyamai rekod legenda badminton negara, Lee Chong Wei, memenangi tiga gelaran berturut-turut selepas melakukannya pada 2021 dan tahun lalu.
Sebagai rekod, Chong Wei merupakan pemain pertama melakukannya dalam era Siri Super, di mana dia memenangi gelaran itu dari 2008 hingga 2010.
Muzaffar Musa
Mon Dec 18 2023