Pengembaraan 14 tahun Teo Ee Yi besama skuad badminton beregu lelaki kebangsaan akhirnya tamat selepas dia dan gandingannya, Ong Yew Sin, disingkirkan hari ini.
Pengguguran dua pemain itu bersifat kejutan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang melepaskan khidmat beberapa lagi nama hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) badan itu hari ini.
Mereka ditunjukkan jalan keluar selepas penilaian prestasi berjadual BAM hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, Ee Yi tidak melihat keputusan itu sebagai penghujung satu kerjaya, sebaliknya sebagai pembakar semangat untuk dia mencabar gandingan nombor satu Malaysia dan kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, serta pasangan terbaik profesional, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, dalam perebutan tiket ke Tokyo 2020.
"Bukan hanya negatif tetapi ia juga beri impak positif. Kami boleh cuba nasib. Kami sedar ia takkan bertahan lama. BAM sudah buat keputusan tetapi kami masih berpeluang ke Olimpik. Kami akan cuba dapatkan penaja secepat mungkin untuk menyertai kejohanan," katanya.
Khidmat bekas juara dunia itu bersama BAM akan luput pada hujung bulan ini yang menyaksikan mereka bakal beraksi dalam tiga kejohanan sebelum memulakan fasa kerjaya sebagai wakil profesional.
Tiga kejohanan itu akan bermula dengan Masters Malaysia minggu depan dengan berbekalkan status naib juara musim lalu.
"Tiada beban kerana kami bermain untuk diri sendiri dan Malaysia. Kami cuba elakkan tekanan. Usia kami semakin meningkat. Apa yang berlaku hari ini memang kami takutkan tetapi (ia) sudah terjadi."
Sementara itu, Jawatankuasa C&T menerusi Pengerusi dan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, turut mengenal pasti keperluan mendapatkan khidmat jurulatih untuk memperkasakan skuad perseorangan dan beregu wanita.
Bagaimanapun, badan induk itu tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan porfolio, termasuk dua jurulatih senior yang mengetuai program skuad itu, Datuk Tey Seu Bock dan Rosman Razak.
BAM masih lagi mengenal pasti calon ketika khidmat jurulatih terbaik dunia dikekalkan majikan masing-masing sehingga tamat Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Perseorangan dan beregu wanita telah meningkat. Jadi, kami juga mencari jurulatih untuk meningkatkan bahagian ini.
"Saya masih belum boleh dedahkan maklumat terperinci kepada anda tetapi menegaskan bahawa kami juga sedang meningkatkan kelompok pemain muda dalam proses perubahan ini," ujar Kenny.
Editor: Nafis Abdullah