Kemarau kejuaraan daripada kem badminton kebangsaan membangkitkan kegusaran Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, selepas beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing, tersungkur dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, hari ini.
Kemampuan badminton Malaysia untuk meneruskan kehidupan pasca kerjaya Datuk Lee Chong Wei akan terus bersandarkan kepada kemampuan wakil lain memenangi kejuaraan.
Untuk pemain di bawah naungan BAM, sudah ada empat peluang, termasuk Terbuka Singapura ini, untuk mereka melakukan sedemikian.
Seperti Masters Malaysia dan Seluruh England membabitkan skuad beregu lelaki dan kemudian beregu wanita dalam final Terbuka India, cerita di Singapura juga berakhir dengan kekecewaan sama.
"Kami masih gagal meraih gelaran. Ia agak membimbangkan kami tetapi program jangka masa panjang masih lagi berada di landasan untuk melahirkan pemain yang bertaraf dunia," kata Choong Hann.
Mengulas prestasi Kian Meng dan Pei Jing dalam Terbuka Malaysia dan Singapura, Choong Hann mengakui peningkatan telah dipamerkan gandingan itu tetapi masih terlalu awal untuk menjulang mereka sebagai memiliki kualiti persis 10 terbaik dunia.
"Mereka telah mempamerkan peningkatan tetapi terdapat beberapa perkara yang harus dipertingkatkan lagi."
Sementara itu, Pei Jing dan Kian Meng tidak berselindung di sebalik prestasi hambar dalam final Terbuka Singapura itu.
Pertemuan menentang wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Tearattanachai, menjanjikan keterujaan susulan aksi agresif Kian Meng-Pei Jing sepanjang kejohanan.
Kekalahan 14-21 dalam set pertama membangkitkan persoalan apakah mereka mampu untuk bangkit dalam set berikutnya.
Bagaimanapun, Kian Meng dan Pei Jing terkulai 6-21 di sebalik tahap kecergasan yang semakin merosot selepas empat perlawanan tiga set sebelum ke final ini.
"Kami mengalami kesakitan selepas perlawanan separuh akhir, seluruh badan mengalami kesakitan selepas berusaha untuk ke final. Kami tidak gembira kerana gagal mempamerkan persembahan terbaik dalam aksi final," kata Pei Jing.