"Bukan antara hari terbaik buat Chong Wei", demikian ulasan ringkas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei dalam pusingan kedua Terbuka Indonesia, semalam.
Chong Wei yang memburu gelaran ketujuh Terbuka Indonesia dikejutkan dengan kekalahan straight sets kepada pemain pusingan kelayakan dari India, HS Prannoy.
Ia juga kali pertama Chong Wei gagal melepasi pusingan awal dalam kejohanan tahun ini selain kekalahan sulungnya kepada Prannoy dalam tiga pertemuan.
Begitupun, Norza beranggapan situasi ini lumrah buat Chong Wei sambil berpandangan saingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta itu mendatangkan kesukaran buat beberapa pemain ternama.
"Saya telah mendapat maklum balas daripada Hendrawan bahawa Chong Wei menghadapi kesukaran menyesuaikan diri untuk bermain di Indonesia.
"Prannoy pula mengambil kesempatan itu untuk meraih kemenangan. Menang atau kalah adalah lumrah dalam sukan. Bukan Chong Wei sahaja yang menghadapi masalah dalam kejohanan ini," kata
Norza.
Dalam pada itu, individu yang akan menggalas tanggungjawab selaku pengurus besar baharu badan induk itu akan diumumkan dalam mesyuarat exco BAM, Rabu depan.
Kedudukan itu kosong selepas penyandang sebelum ini, Lawrence Chew, meletakkan jawatan awal bulan lalu.
Seramai 11 calon berada dalam senarai akhir BAM dan kesemuanya telah melalui proses temuduga yang diadakan pada Rabu serta Jumaat.
BAM juga akan mengumumkan ketua Akademi Badminton Malaysia serta pegawai media baharu dala mesyuarat exco berkenaan.
"Kami akan melantik pengurus besar baru yang memiliki penglibatan secara langsung dalam sukan badminton."