Datuk Lee Chong Wei berdepan realiti pahit ketika kembali ke gelanggang latihan apabila perlu akur menjalani latihan pemantapan fizikal intensif.
Ia berlaku ketika dia sedang berperang dengan masa untuk berada dalam kelompok utama kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Latihan tertutup daripada pengetahuan media menimbulkan tanda tanya terhadap keberkesanan Chong Wei mengendalikan raket selepas menjalani rawatan kanser hidung.
Lenggok badannya selepas latihan dalam gelanggang ketika menuju ke gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggambarkan betapa fizikalnya teruji.
"Saya masih tidak dapat menghabiskan sesi latihan sepanjang hari.
"Saya hanya dapat melakukannya hanya untuk separuh hari.
"Selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan, saya memilih untuk melakukan latihan kecergasan terlebih dahulu.
"Kemahiran bermain masih ada dan saya perlu fokus untuk menguatkan fizikal dahulu.
"Saya perlu memperkuatkan kembali otot supaya tidak dilanda kecederaan pada masa depan," katanya.
Chong Wei turut terasa perubahan yang melanda skuad kebangsaan ketika ini.
Antaranya melibatkan kehilangan rakan senior yang lain seperti pasangan beregu campuran utama, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.
"Saya sudah boleh dianggap pemain veteran dalam BAM.
"Apa yang penting adalah saya perlu membina semangat bersama barisan pemain muda yang lain.
"Saya berharap kehadiran saya akan meningkatkan tahap keyakinan mereka dan saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan mereka," tambahnya.
Kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 29 April ini hingga 26 April tahun depan.
Keputusan terbaik dalam tempoh itu akah dihimpunkan bagi menentukan kedudukan ranking kelayakan.
Bagi kategori perseorangan, 16 daripada 38 pemain terbaik dunia dalam tempoh kelayakan akan menjamin tiket ke temasya itu.
"Segalanya nampak lancar dan dalam peringkat awal ini, Datuk (Chong Wei) sudah mula berasakan kerinduan terhadap sukan ini.
"Kami masih belum berbincang dengan lebih mendalam terhadap perancangan yang akan dilakukan.
"Apa yang penting, kami perlu kembalikan prestasinya seperti dahulu.
"Hal berkenaan kejohanan akan difikirkan kemudian.
"Secara jujurnya, kami sudah kesuntukan masa.
"Namun, kami perlu juga melihat kepada tahap kecergasan Datuk.
"Berdasarkan saranan doktor, dia hanya boleh memaksa diri sebanyak 30 peratus sahaja.
"Disebabkan itu, kami melakukan perubahan dalam aspek latihan untuk tiga minggu pertama ini," kata jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan.