Cheah Liek Hou dinobatkan juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia Para buat kali kelapan selepas mengetepikan seteru ketatnya dari Indonesia, Deva Anrimusthi, di Pattaya, Thailand, sebentar tadi.

Pemain berusia 36 tahun itu yang mendapatkan sentuhan jurulatihan dari Indonesia, Nova Widianto, perlu berhempas-pulas dalam kategori SU5 (gangguan ekstremitas atas) berkenaan apabila memerlukan kemenangan tiga set 21-15, 16-21, 21-15.

Ia mengulangi kejayaannya sejak 2005, cuma 2019 hajatnya disekat pencabar yang sama dalam separuh akhir ketika itu.