Skip to main content

Badminton

Cabaran Antarabangsa Malaysia: Beregu eksperimen lelaki antara tiga kejayaan wakil negara

nur-izzuddin-rumsani-haikal-nazri.jpg
Perseorangan negara berusia 18 tahun, Justin Hoh, merangkul gelaran ketiganya di peringkat senior tahun ini selepas berhempas-pulas dalam final Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak, sebentar tadi. 

Dia bangkit memadam kelebihan awal rakan senegara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, untuk memenangi pertarungan tiga set itu 18-21, 21-16, 21-17 di Arena Badminton Perak bagi menambah koleksi kejuaraannya selepas Cabaran Boon 2022 di Jerman selain Terbuka Croatia, Jun lalu. 

Kategori beregu campuran pula menyaksikan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing mengetepikan juara Cabaran Antarabangsa Bangladesh yang juga rakan sepelatih, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 18-21 21-15, 21-19. 

Begitupun, hajat untuk Malaysia melakar kejutan dalam perseorangan wanita tidak kesampaian selepas K. Letshanaa tumpas 16-21, 19-21 kepada dari Indonesia, Yulia Yosephine Susanto.

Namun, gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Haikal Nazri yang turun dalam pertandingan kompetitif pertama mereka menjelmakan kemuncak prestasi untuk memastikan gelaran ketiga buat Malaysia apabila mengetepikan satu lagi wakil beregu baru negara yang juga pilihan keenam, Goh Boon Zhe-Goh Sze Fei, 21-17, 21-16.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video