Skip to main content

Badminton

Beri ruang kepada Chong Wei -- Roslin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-chong-wei.jpg
Bekas nombor satu dunia, Roslin Hashim, menilai pelantikan Datuk Seri Lee Chong Wei, sebagai pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah satu keputusan tepat.

Dilengkapi pengalaman dan kredibiliti, pelantikan Chong Wei itu secara tidak langsung dijamin mampu memberi suntikan baru kepada badan induk tersebut.

Langkah ini menampakkan kesungguhan BAM dalam mengukuhkan penstrukturan melalui penyusunan semula jawatankuasa -- daripada 14 kepada 10 bagi meningkatkan kecekapan.

Namun, Roslin menegaskan segala perubahan hanya bermakna sekiranya Chong Wei diberi ruang dan kuasa untuk melaksanakan keputusan yang diperlukan, bukan sekadar peranan simbolik.

"Ini satu pelantikan baru, saya berikan ruang kepada mereka dan lihat keputusan (yang dihasilkan) mereka," katanya. 

Kehadirannya turut disandarkan sebagai satu sinar harapan dalam mengembalikan semula kuasa besar Malaysia yang sebelum ini digeruni dengan kekuatan di bahagian perseorangan lelaki negara.

"Kita mengharapkan satu perubahan positif. Rata-rata yang inginkannya menjadi jurulatih tetapi itu bukan kehendaknya. 




"Mungkin (kelebihan) dalam pengurusan ada padanya. 

"Ini satu cabaran untuknya mendapatkan satu keputusan yang baik," katanya. 

 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video