Skip to main content

Badminton

BATC 2024: Kuasa besar badminton bakal gegar Setia Alam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

batc-2024.jpg
15 negara bakal menggegar pentas berprestij dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 bagi merebut gelaran juara Asia.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam Sidang Media Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 menyasarkan penyertaan dan penglibatan 20,000 tetamu dan peserta dari seluruh negara yang menyertai.

"Saya difahamkan tahun ini 15 negara yang telah memberikan komitmen untuk menyertai kejohanan ini.

"Negara yang bakal bertanding iaitu China, Jepun, Korea, Indonesia, India, Thailand, Chinese Taipei, Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Myanmar, Brunei, Kazakhstan, Singapura dan Malaysia.

Walaupun jadual kejohanan badminton tahun ini cukup padat, Najwan mengaggap kejohanan ini sebagai kejohanan berprestij dengan penyertaan dari negara-negara yang mendominasi sukan badminton ketika ini.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 bakal berlangsung dari 13 hingga 18 Februari di Pusat Konvensyen Setia Alam dan tiket sudah mula dijual di sini.
 

Advertisement

Must Watch Video