Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus mengorak langkah proaktif apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Korea Selatan, Indonesia dan Thailand dalam program pembangunan pemain badminton remaja.
Memorandum yang ditandatangani oleh empat negara tersebut, berkuatkuasa tahun ini.
Dua tahun lalu, Malaysia sudah pun menjalin hubungan erat dalam arena badminton bersama Indonesia dan Korea Selatan, yang bertujuan dalam memastikan kelangsungan badminton di rantau Asia.
Berbezanya kali ini, ia diserikan dengan Thailand dan memberi penekanan terhadap kerjasama penganjuran kem latihan dan kejohanan peringkat remaja, dan juga perkongsian pengetahuan sains sukan antara negara.
Fokus program lebih terjurus ke arah pemain yang berada dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun.
"Jika kamu melihat kalendar tahunan, kejohanan melibatkan pemain muda agak kurang berbanding kejohanan untuk pemain senior.
"Di Malaysia, kita terlibat dalam 53 kejohanan setahun manakala pemain muda terlibat dalam 12 kejohanan sahaja," jelas Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai.
Perkongsian pengetahuan dan infrastruktur antara negara terlibat dilihat satu perkembangan positif dan menjimatkan dalam membentuk pemain muda, berbanding menghantar mereka menyertai sesuatu kejohanan dan gagal mempamerkan aksi terbaik.
"Pemain muda sangat penting bagi pembangunan sukan untuk setiap negara. Mereka inilah masa depan sukan kita," kata Pengarah Antarabangsa Persatuan Badminton Korea, Han Woo Goo.