Jurulatih skuad perseorangan wanita negara, James Chua, mendedahkan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mula mencungkil bakat baru bagi memperkasakan sektor itu.
Bagaimanapun, proses berkenaan memerlukan masa sebelum Malaysia berupaya memiliki perseorangan wanita yang cukup ampuh untuk mencabar pentas antarabangsa.
Terdahulu, bekas perseorangan wanita nombor satu negara, Soniia Cheah, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton selepas sekian lama bergelut dengan kecederaan berulang sepanjang 13 tahun kariernya.
"Kami sedang berusaha untuk mencari pemain baru tetapi buat masa ini, kami hanya mendapat seorang pemain baru dari Pulau Pinang.
"Kemudian, kami akan teruskan usaha mencari pemain berbakat tetapi kami memerlukan sedikit masa untuk melakukannya.
"Sebenarnya, sepanjang empat hingga lima bulan ini, kesemua pemain sudah mula kembali ke landasan yang sebenar, cuma masalahnya adalah umur mereka sudah mencecah 19 atau 20 tahun.
"Bagi saingan wanita, usia seperti ini boleh dikatakan sedikit lebih umur.
"Jadi, kami kini sedang mencari pemain baru dengan umur lebih muda.
"Saya fikir memulakan pasukan wanita dengan pemain lebih muda memberikan lebih nilai buat perseorangan wanita," katanya.