Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia untuk mengikut saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi proses reformasi pencarian bakat baru menerusi pembabitan kelab di peringkat akar umbi
Mesyuarat gerak kerja di antara BAM dan KBS di Putrajaya hari ini membincangkan mekasnisme terbaik untuk mencari bakat baru dengan cara yang lebih menyeluruh.
KBS memberikan saranan agar BAM bekerjasama dengan kelab-kelab badminton di Malaysia bagi membekalkan pemain berkualiti untuk digilap -- model sama yang digunakan Indonesia dan Jepun.
Setakat ini, kelab yang aktif menghantar pemain ke luar negara adalah Nusa Mahsuri dan Sports Affair.
"Kementerian mahu kami menggarap satu pendekatan yang lebih komprehensif, terutama dalam menentukan, contohnya bagaimana kami nak mempercepatkan persediaan di peringkat akademi badminton.
"Bagaimana kami hendak pastikan penggemblengan dalam mencari bakat ini dilaksanakan semua, bukan sahaja di negeri-negeri tetapi di peringkat kelab dan peringkat yang lain juga," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria
Antara perkara lain yang turut dititikberatkan adalah penglibatan badan swasta dalam membantu kelab-kelab berkenaan melaksanakan program akar umbi dengan tersusun.
"Apakah model perbelanjaan yang tepat?
"Kerana kita tidak boleh bergantung kepada BAM dan kerajaan semata-mata.
"Kami mahu lebih penyertaan daripada sektor swasta, terutama dalam melahirkan kelab-kelab yang kuat," tambahnya.