Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengakui masih banyak kekurangan yang perlu diatasi selepas hampir setahun beliau menerajui badan induk berkenaan.
Kebergantungan kepada pemain-pemain senior masih menjadi tumpuan BAM sedangkan mereka perlu lebih banyak mencari generasi yang seterusnya untuk diketengahkan.
"Isu ketika ini, kami perlu menghambat memacu diri sendiri.
"Saya tahu kemampuan kami terhad, namun pemain kita perlukan mentaliti mahu menang dan keyakinan.
"Mereka boleh mengikut jejak pemain-pemain terdahulu.
"Kita terlalu mengharapkan pemain senior, ini kerana ada masanya jurulatih juga mengambil langkah selamat. Mereka hanya memberi tumpuan kepada sesetengah pemain berikutan mereka mencapai keputusan yang diharapkan.
"Begitupun, kita perlu melabur terhadap masa depan," ujarnya dalam majlis memeterai kerjasama di antara BAM dan Bank Islam di Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi kerjasama selama empat tahun itu, Bank Islam akan memberikan tajaan berjumlah RM300,000 pada tahun pertama di samping pelancaran kad debit edisi khas.