Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Bolasepak Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, menjelaskan pemain beregu wanita negara, Yap Cheng Wen, yang dibelenggu masalah bahu sendiri yang memilih untuk meninggalkan badan induk itu semalam.
Dia dan Teo Kok Siang angkat kaki tetapi buat masa ini badan induk itu menjelaskan tiada orang yang akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan jurulatih beregu berkenaan.
Rexy sebaliknya mendedahkan BAM bakal menambah satu lagi penolong jurulatih bagi kategori beregu lelaki.
"Dia sudah maklumkan (untuk meninggalkan BAM) sejak tahun lalu lagi.
"Otot bahu kiri Cheng Wen terkoyak dan pada umurnya (28 tahun) jadi dia memberitahu mahu mencari haluan baru di luar badminton.
"Kami sebenarnya sudah mempunyai perancangan dengannya hingga hujung tahun tetapi dia tidak dapat teruskan (akibat) kecederaannya.
"Selepas ujian imbasan, doktor mengesahkan ototnya bahu terkoyak jadi dia mahu meninggalkan badminton," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Kok Siang -- dikhabarkan akan memberi tunjuk ajar pemain profesional -- merupakan jurulatih keempat yang meletak jawatan dalam tempoh 12 bulan selepas Chan Chong Ming (beregu wanita), Flandy Limpele (beregu lelaki) dan Paulus Firman (beregu campuran).