Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, pada hari ini sekali lagi berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Keputusan ini dikongsi Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, menerusi jawatanakuasa khas yang diadakan kelmarin.

Difahamkan keputusan ini didorong hasrat Misbun yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan skuad badminton negara dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia, dua minggu lalu.

Ia merupakan kegagalan kedua Misbun -- yang beralih ke bahagian pembangunan sejak 2020-- selepas skuad remaja negara mempamerkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Sepanyol tahun lalu.

"Misbun adalah ikon di MAlaysia dan merupakan jurulati yang hebat apabila pernah membentuk pemain seperti Datuk Lee Chong Wei, Roslin dan Hafiz Hashim.

"Jadi dia telah melaksanakan tugasnya jadi kita tidak boleh cakap corak latihannya tidak bagus.

"Dia telah memberikan sumbangannya dan kita perlu mengiktirafnya. Ia bukan soal puas atau tidak berpuas hati.

"Selepas perbincangan maka pemegang taruh bersetuju perlu dilakukan demi kebaikan.




"Apa pun, Misbun telah berikan yang terbaik selama ini dengan sedaya upaya tapi malangnya keputusan adalah perkara yang berbeza.

"Jadi kami perlu lihat dari sudut lain untuk mengetengahkan program baru kepada pemain," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Subramaniam menjelaskan buat masa ini skuad remaja negara akan menyertai sesi latihan skuad senior sebagai persiapan menjelang Kejohanan Remaja Dunia, bulan depan.

"Mungkin dengan barisan kejurulatihan bersama senior, pemain muda mungkin dapat melihat permainan dengan cara berbeza.

"Jadi mungkin ada perubahan, ia mungkin bagus dan juga sebaliknya.

"Kejurulatihan perlu saling membantu demi BAM," katanya lagi.