Skip to main content

Advertisement

Badminton

Baju rasmi Olimpik: Cantik bila Zii Jia pakai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia.jpg
Pegawai dan atlit negara mula memakai baju rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris, sebulan menjelang temasya.

Antara yang terawal ialah Chef de Mission, Datuk Hamidin Mohd Amin yang meninjau persiapan  jaguh badminton negara, Lee Zii Jia.

Apa  yang menarik ialah kedua-duanya nampak segak dengan baju rasmi kontinjen negara yang bercirikan konsep harimau.

 


Benar kata pemerhati sukan negara, baju kontinjen akan nampak lebih segak apabila atlit memakainya, kerana bentuk tubuh atlit dan aura juara - jauh berbeza ketika disarung ke atas patung di TRX, Ahad lalu.

Jadi kita rakyat Malaysia, adakah baju atau pingat lebih penting? Mereka perlukan sokongan kita.
Go For Gold!
 

Advertisement

Must Watch Video