Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Malaysia: Axelsen terharu sokongan penyokong di Axiata Arena

axelsen.jpg
Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, mengucapkan terima kasih pada peminat badminton tempatan yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dan juga sukan badminton secara keseluruhannya.

Ia susulan dia berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, sebentar tadi.

Dia bakal bertemu pemain dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu di pusingan kedua kejohanan.

"Kepada semua peminat badminton Malaysia, terima kasih kerana tunjukan sokongan anda kepada saya dan juga pada sukan badminton secara umumnya.

"Anda sangat menakjubkan dan jangan lupa terus ikuti Badminton Terbuka Malaysia," katanya.

 
 

Advertisement

Must Watch Video