Perseorangan lelaki nombor dua negara, Ng Tze Yong, mempamerkan aksi kukuh untuk melangkah ke suku akhir acara perseorangan badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan menewaskan wakil Thailand, Kantaphon Wangcharoen, di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.
Tze Yong hanya memerlukan 59 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-17, 21-12.
Dia seterusnya akan berdepan laluan getir untuk bertemu jaguh Jepun, Kodai Naraoka, dalam penentuan untuk ke separuh akhir esok.
Kejayaan itu menyaksikan mereka memiliki dua wakil perseorangan lelaki dalam suku akhir selepas perseorangan utama, Lee Zii Jia, turut meneruskan kemaraan dengan menumbangkan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, dalam satu lagi perlawanan.