Skip to main content

Badminton

Badminton: Pearly-Thinaah kian menyinar!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perly.jpg

Nama Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan muncul sebagai sinar baharu untuk Malaysia. 

Bukan sekadar pasangan beregu wanita terbaik negara, malah simbol kesungguhan, disiplin, dan semangat setiakawan yang luar biasa.

Advertisement

Sepanjang 10 bulan diharungi bagi tahun 2025, Pearly-Thinaah mengekalkan rentak cemerlang dengan terbaru, kemenangan di Arctic Open dan penampilan konsisten dalam beberapa kejohanan utama dunia.

Ini satu petanda jelas bahawa Malaysia kini mempunyai wakil wanita yang mampu menyaingi kuasa besar badminton antarabangsa.

Walaupun kini berada di kemuncak prestasi, perjalanan mereka penuh liku dan cabaran, kerana setiap kekalahan mereka menjadi tajuk utama. 

Ramai membandingkan mereka dengan beregu lagenda lelaki seperti Koo Kien Keat, Tan Boon Heong atau Goh V Shem–Tan Wee Kiong.


 


 

 

Walau begitu, mereka kekal positif dan fokus kepada peningkatan diri. Thinaah pernah menyebut bahawa mereka kini lebih matang dalam mengurus tekanan dan emosi semasa perlawanan penting.

Kejayaan mereka bukan sekadar sukan, ia turut memberi inspirasi kepada generasi muda wanita Malaysia. 

Kini ramai pemain muda menjadikan Pearly-Thinaah sebagai contoh bahawa wanita Malaysia juga mampu berdiri di podium dunia. 

Badminton

Racket Power

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Topik Berkaitan

Must Watch Video