Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman, mempunyai pelan rapi buat Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang bukan sahaja mampu berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, malah sandaran untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Aaron dan Wooi Yik sebelum ini merupakan anak didik Cheah Soon Kit, namun diambil alih Paulus sejak 16 Julai lalu apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantiknya sebagai ketua jurulatih, yang menyaksikan Soon Kit ditugaskan mencungkil bakat bawah 21 tahun.
Persembahan memberangsangkan Aaron dan Wooi Yik memberi petanda positif bahawa kem beregu negara masih mempunyai harapan di sebalik prestasi merosot beberapa gandingan senior.
Aaron dan Wooi Yik kini menduduki ranking ke-35 dunia dan Paulus optimis pasangan itu mampu mencapai kelompok 10 terbaik dan seterusnya cuba untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kita mahukan emas dalam Sukan Olimpik. Jadi, kami akan menyusun bagi memastikan mereka dapat naik daripada kelompok 30 terbaik ke 10 terbaik.
"Saya berharap tahun depan, dia boleh perlahan-lahan memasuki kelompok 20 terbaik," kata Paulus.
Paulus juga lega dengan persembahan beregu utama negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem, yang menampakkan peningkatan dalam Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang tamat semalam.
Selepas ini, tugasan seterusnya untuk kem badminton negara adalah saingan Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
"Saya memerhatikan proses perkembangan mereka selama ini, bagaimana mereka kalah dan menang berdepan lawan," tambah Paulus.
Aaron dan Wooi Yik mula digandingkan sejak November 2017 dan mula menjadi perhatian selepas mara sehingga ke suku akhir Kejohanan Dunia, minggu lalu.