Skip to main content

Badminton

Badminton Masters KL: Siti Nurshuhaini layak ke pusingan utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nurshuhaini.jpg
Perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman, bermula dengan langkah kanan apabila menang kedua-dua pusingan kelayakan Kejohanan KL Masters 2023.

Biarpun ketinggalan pada set kedua bertemu Han Yu-chen, namun atas nasihat dari jurulatihnya, Yogendran Krishnan, Nurshuhaini berjaya mengekalkan kesabaran untuk melayakkan diri ke pusingan utama esok dengan keputusan 17-21, 21-16, 21-16.

"Bagi perlawanan pertama, saya masih belum selesa dengan corak permainan saya. Saya mula mendapat rentak dalam set kedua dan ketiga," katanya menerusi Nadi Arena.

"Saya juga boleh mengatakan pergerakan saya kini menjadi lebih baik dan mampu mempamerkan permainan yang terbaik."

Sementara itu, beregu lelaki kebangsaan, Ting Shih Wee-Pui Wee Young, mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan lawannya dari Vietnam, Dang Khac Dang Khan-Nguyen Duc Hong Huc 18-21, 21-8, 21-13.

Jelasnya, punca tewas pada set pertama berikutan masih belum mendapat rentak sebenar namun berjaya membuktikan mereka pilihan pertama pusingan kelayakan apabila mendominasi dua set berikutnya. 

Advertisement

Must Watch Video