Skip to main content

Badminton

Badminton Masters KL 2023: Jun Hao tidak berdepan masalah atas lawan dari Korea Selatan

leong-jun-hao.jpg
Hari kedua Kejohanan Badminton Masters KL 2023 menyaksikan beberapa wakil Malaysia berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.

Walaupun tanpa kelibat pemain handalan negara dalam kejohanan siri 100 yang pertama kali dianjurkan di Malaysia itu tampak tidak mengurangkan intensiti dan cabaran hebat buat kesemua pemain.

Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, ternyata tidak menghadapi sebarang masalah untuk menumbangkan pihak lawan, Choi Pyeong-hang dari Korea Selatan dengan catat keputusan 21-13, 21-14 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Jun Hao yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan menyifatkan kelegaannya berjaya ke pusingan 16 terbaik itu masih belum cukup buatnya kerana menyedari gelaran 'juara kebangsaan' yang diraih pada Julai lalu meningkatkan lagi jangkaan buat kemampuannya di kejohanan kali ini.

"Saya berasakan apa yang perlu dilakukan dalam saingan kali ini ternyata menghadirkan tekanan," kata Jun Hao.

"Namun saya tetap kekal tenang kerana berjaya menampilkan permainan yang terbaik dalam perlawanan sebelum ini."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video