Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, semakin hampir untuk menamatkan kemarau kemenangannya selama setahun selepas mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur.
Dalam pertembungan suku akhir di Stadium Titiwangsa, juara remaja Asia 2017 itu mengetepikan juara remaja dunia 2022, Kuo Kuan Lin, dari Taiwan 21-16, 21-15 untuk berdepan wakil Korea Selatan, Choi Ji-hoon yang menundukkan pilihan kelapan, Sameer Verma dari India 21-9, 21-13.
Kali terakhir Jun Hao meraih gelaran juara adalah pada Masters Indonesia 2022, mengetepikan rakan senegara, Cheam June Wei di Malang, Indonesia.