Jurang di antara pemain kebangsaan dan pemain negara lain tidak terlihat ketara walaupun tidak mencapai sasaran pingat di Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini.
Ketua Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai, berkata hanya beberapa kesilapan kecil yang perlu diperbaiki selain fokus utama masih berlandaskan Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kita harus ingat bahawa matlamat utama kami adalah Paris.
"Yang penting kami kena belajar dan perbaiki selepas sesebuah kejohanan.
"Perbezaan di antara pemain negara dan pemain handalan tidak jauh, bergantung kepada prestasi pada hari berkenaan," katanya.
Dalam masa sama, buat julung kalinya Kejohanan Bergamoot KL Masters Super 100 2023 bakal diadakan dan bermula hujung bulan ini.
Michelle turut berkata kejohanan itu akan menawarkan mata untuk memperbaiki ranking dunia kepada pemain yang mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Paris 2024.
"Kami di pertengahan kelayakan ke Paris. Pemain menyasarkan kejohanan yang boleh membantu pungutan mata kelayakan.
"Mungkin dalam kejohanan ini tidak nampak ramai pemain utama kerana fokus mereka adalah super 750 mahupun 1000.
"Ada sesetengah pemain yang berhasrat untuk mengutip mata tertinggi dalam super 100," katanya menerusi Nadi Arena.
Tambahnya, pengumuman pengganti bekas Pengarah Pembangunan skuad Remaja, Datuk Misbun Sidek, akan diadakan Sabtu ini.