Skip to main content

Badminton

Badminton Lightning Cup: Pentas bergelar juara pada usia hampir lima dekad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lighning-cup-badmnton.jpg
Pentas Kejohanan Badminton Lightning Cup kali ini bukan sahaja memberi ruang kepada bekas atlet terkenal serata dunia, malah turut melibatkan peminat sukan yang mungkin tidak berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan negara mereka.

Seperti juara perseorangan lelaki kategori 45 hingga 49 tahun, Chew Hock Ngee, yang sanggup terbang dari Singapura ke Genting Highlands untuk merebut peluang yang ada.

Hock Ngee menjadikan Lightning Cup sebagai pentas merealisasikan impiannya.

Dalam aksi final, dia bertemu peserta Malaysia, Teh Lim Chiow, dan ternyata peserta Singapura itu lebih bertenaga untuk mempamerkan aksi memukau sehingga merangkul kemenangan dengan keputusan 31-17.

"Saya rasa gelanggang di sebelah sana lebih sukar kerana apabila saya menjangkakan ia keluar, ia masuk, mungkin kerana ia tidak rata," katanya kepada wartawan Astro Arena, Raja Hisyam.

"Saya ada mendengar mengenai kejohanan ini tahun lalu dan saya fikir saya akan melepasi semakan pendaftaran dan saya betul.

"Saya dapat tahu ia akan diadakan tahun ini, jadi saya berusaha untuk datang ke sini."
 
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video