Skip to main content

Badminton

Badminton Lightning Cup: Bukan sekadar pertandingan tapi dapat jumpa semua orang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lightning.jpg
Kejohanan Badminton Lightning Cup akan menjadi memori buat semua pemain, selain berharap ia diteruskan pada masa akan datang.

Rata-rata peserta ditemui mengharapkan kejohanan itu menjadi aksi tahunan yang mampu mengumpulkan mereka semula.

Lebih-lebih lagi bagi bekas atlet negara yang kembali sibuk dengan urusan masing-masing dan Lightning Cup itu ialah platform menyatukan mereka.

"Ia seperti menganjurkan tahap kompetitif yang baik untuk semua. Dahulu kami juga pernah bermain di tahap tertinggi.

"Ia boleh mengekalkan gaya hidup sihat yang bagus dan berjumpa kawan-kawan lama," kata bekas beregu lelaki negara, Kwan Yoke Meng New.

 

"Jika dahulu bermain di peringkat antarabangsa, kami berjuang habis-habisan. 

"Kalini, ia seakan perlawanan persahabatan. Pemain luar negara juga datang. 

"Ada pertukaran budaya," kata Ng Kean Kok.

Bukan sahaja bekas atlet badminton negara tetapi kejohanan ini juga sebenarnya turut menarik minat ramai tokoh korporat ternama negara.

"Saya cukup berbangga ada platform untuk pemain sosial bermain. 

"Bukan sekadar pertandingan, ia bagus untuk kesihatan dan menyatukan pemain seluruh dunia," kata ahli Far East Sport Group Sdn Bhd, Datuk Alex Ong.

Lighnitng Cup sudah menandatangani persetujuan penganjuran bersama pihak Genting Malaysia Berhad (Bhd) selama tiga tahun.

Melihat kepada perkembangan yang berlaku, berkemungkinan ia bakal dilanjutkan.

"Apa yang kami mahu ialah ramai pelancong datang ke Malaysia. Seperti mempromosi sukan dan pelancongan. 

"Saya harap perkara ini diteruskan," kata Timbalan Presiden Genting Malaysia Bhd, Lee Thiam Kit.
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video