Skip to main content

Advertisement

Badminton

Badminton Kebangsaan B-21: Faiz terkandas dalam separuh akhir

faiz-rozain.jpg
Hasrat pemain tuan rumah, Faiz Rozain, untuk melangkah ke final acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Kebangsaan B-21 di Kuala Terengganu tidak kesampaian selepas tewas dalam aksi separuh akhir, pagi tadi.

Pelatih Akademi Sports Affairs yang juga pilihan pertama kejohanan itu tewas kepada wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Muhammad Fazriq Mohamad Razif, dalam aksi sengit 15-21, 21-19, 21-23.

Dalam aksi final esok, Fazriq akan menentang rakan sepasukan, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar, yang menang straight set 21-9, 21-16 ke atas Samuel Lee.

Sementara itu, beregu pilihan kelapan, Ooi Jhy Dar-Yap Roy King, melepasi tentangan hebat Ooi Zi Heng-Ameer Amri Zulkarnain Zainuddin untuk melakar kemenangan 16-21, 21-18, 22-20.

Acara perseorangan wanita pula menyaksikan Myisha Mohd Khairul mengatasi Liau Bei Yi 21-16, 21-15 untuk membolehkan pemain BAM itu bertemu Tan Zhing Yi yang mengalahkan K. Radhakrishnan, 21-19, 21-9.

Turut ke final ialah pilihan utama beregu wanita, Ng Qi Xuan-Siow Hao Shan, yang bangkit mengatasi Ng Wan Win-Tang Wen Xin 17-21, 21-3, 21-12.

Hao Shan berpeluang untuk muncul juara berganda apabila gandingannya bersama Wong Tien Chi dalam acara beregu campuran turut meneruskan kemaraan ke final.

Advertisement

Must Watch Video