Menteri Bela dan Sukan, Hannah Yeoh, memberikan reaksi spontan bahawa dia tidak terkejut dengan keputusan Lee Zii Jia untuk berehat seketika daripada kejohanan badminton antarabangsa.
Perseorangan nombor satu negara, Zii Jia, mengeluarkan kenyataan itu sebaik tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia di Jakarta pada Rabu lalu.
Zii Jia tersingkir di tangan perseorangn India, Lakshya Sen, seminggu selepas tewas kepada pemain China, Wang Zhi Yi, juga dalam pusingan pertama Terbuka Singapura.
Keadaan itu menyaksikan perseorangan profesional itu kini tergelincir daripada kelompok ranking 10 terbaik dunia.
Mengulas mengenai perkara itu, Hannah berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Bagi seseorang atlet, naik turun, menang kalah memang perkara biasa.
"Ada hari baik dan ada hari tidak baik, jadi kami perlu memastikan atlet kita memiliki konsistensi. Itulah yang penting.
"Kerana itulah Program Road to Gold (RTG) akan melihat kepada fasiliti penambahbaikan yang diperlukan tetapi semuanya akan dibincangkan antara penasihat teknikal -- seperti Datuk Lee Chong Wei -- dengan atlet dalam (mesyuarat) Road to Gold esok, jadi saya tidak mahu mendahului perbincangan itu," katanya.