Skip to main content

Badminton

Badminton: Goh Sze Fei juara di Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

szefei.jpg
Jaguh beregu lelaki negara, Goh Sze Fei, menjadi juara dalam satu kejohanan badminton yang dianjurkan di Istora Senayan, Jakarta Indonesia minggu lalu. 

Bdmntn.xl yang menghimpunkan pilihan pemain terbaik dunia berkumpul mewarnai pertandingan dengan format 3x3, dan semakin mendapat perhatian peminat serata negara.

Sze Fei yang berada dalam kumpulan Hurricanes diangkat selaku juara selepas menewaskan Team Rockets dalam aksi final, semalam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BXL (@bdmntn.xl)



Selain Sze Fei, pemain perseorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, turut merupakan rakan sepasukannya dibantu oleh Siti Fadia Silva Ramadhanti, Mathias Christiansen dan Treesa Jolly.

Peluang bermain bersama rakan antarabangsa dan bergandingan dengan pasangan berbeza menampilkan kelainan terbuka, dan disambut meriah oleh penyokong yang hadir.

Bekas pemain nombor satu dunia, Victor Axelsen, juga mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Wakil Jepun seperti Kodai Naraoka juga bertanding. 

Bukan hanya Sze Fei selaku wakil Malaysia, malah Shevon Lai Jemie, Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lai Pei Jing juga dilihat bersama pasukan masing-masing. 
 
Badminton

Raket Pilihan Ramai

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video