Skip to main content

Badminton

Badminton Dunia BWF: Zii Jia mudah atasi Jonatan, lolos ke pusingan kedua

lee-zii-jia-bwf-world-championships-badminton-malaysia.jpg
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, melepasi halangan pertama Kejohanan Badminton Dunia selepas berjaya mengatasi wakil Indonesia, Jonatan Christie, sebentar tadi.

Susulan empat pertemuan di antara kedua-dua pemain memihak Jonatan, Zii Jia memasang hajat menjadikan pertemuan kelapan membantunya untuk melangkah ke pusingan kedua di Copenhagen, Denmark.

Zii Jia tidak membuang masa untuk menguasai perlawanan tersebut dengan membuka jurang lima mata set pertama ketika mendahului 16-11 sebelum menoktahkan kemenangan 21-13.

Jonatan mempertingkatkan rentak permainan dan berjaya mendahului 6-2, namun kegagalan kekal fokus menghukumnya sekaligus membuka peluang buat Zii Jia untuk menyamakan kedudukan 8-8.

Bijak mengawal gelanggang, Zii Jia berjaya mendahului 16-11 di set kedua sebelum memastikan kemaraan ke pusingan kedua menerusi kemenangan 21-15.
 

 

Advertisement

Must Watch Video