Pengarah Kejurulatihan Bahagian Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mendedahkan kejayaan dimahkotakan juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 adalah bukti kesungguhan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Dalam penentuan gelaran di Pusat Gimnasium Metropolitan Tokyo bertemu Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, hari ini, beregu utama kebangsaan itu mempamerkan persembahan jitu dalam aspek bertahan sebelum peralihan menyerang.
Lantas, Rexy mendedahkan anak buahnya itu sebenarnya dibelenggu dengan keyakinan sedangkan masing-masing memiliki potensi.
"Yang pertama, mereka mempamerkan prestasi yang tepat dan kesungguhan dalam memperbaiki kesilapan dalam Sukan Komanwel.
"Mereka sedar kesilapan terlepas emas Sukan Komanwel dan dalam seminggu, mereka cuba memperbaiki segalanya; corak pemikiran mereka selain komunikasi di atas dan di luar gelanggang.
"Jadi ini satu kesungguhan mereka untuk menjadi juara dunia," katanya ketika dihubungi Nadi Weekend hari ini.
Kegugupan dan perasaan gemuruh sering membelenggu pemain negara terutama dalam situasi getir, tetapi Aaron-Wooi Yik nyata mempunyai formula kebangkitan ketika berhasil mengekang asakan juara tiga kali itu sebelum mendahului buat pertama kali dalam mata terakhir set awal.
"Saya selalu mengingatkan bahawa mereka harus lebih bekerja keras daripada seteru-seteru mereka.
"Andai pihak lawan memberikan 100 peratus, Aaron-Wooi pula harus berikan lebih 90 peratus.
"Dalam tempoh seminggu sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia. Saya siapkan cara berfikir, psikologi, pandangan mereka dan apabila mereka melakukan kesilapan ketika berlatih, saya akan hentikan latihan dan berbincang dengan mereka.
"Beritahu kalau mereka kesilapan ini terjadi, ia akan berulang lagi," katanya.