Pelbagai rasa dan dugaan dilalui gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebelum mengecapi kemanisan bergelar juara dunia di Pusat Gimnasium Metropolitan Tokyo, semalam.
Menariknya, juara baru ini tetap merendah diri apabila menganggap setiap kejohanan adalah medan penting untuk memperbaiki diri.
Dalam Sukan Komanwel Birmingham misalnya menjadi medan terbaik dan persiapan mereka sebelum berdepan cabaran lebih besar dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF.
Jika pentas Sukan Komanwel bulan lalu mereka hampa dengan sekadar pingat gangsa, kehampaan itu dibayar dengan harga tidak ternilai dalam tempoh kurang dua minggu sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di Jepun.
Ternyata apa yang berlaku di Birmingham ibarat pelajaran terbaik buat pemenang pingat gangsa.
"Kami pernah cakap kerana ia satu kegagalan terlepas emas Sukan Komanwel.
"Macam tuhan nak bagi jalan; bagi kami rasa sakit untuk bangkit dalam Kejohanan Dunia," kata Aaron.
Menurut Wooi Yik pula: "Kemenangan dalam acara berpasukan lepas itu kalah dalam acara individu (Sukan Komanwel) macam sudah naik kemudian jatuh lagi, ia satu pengajaran."
Pedih dengan enam kali badi kandas di pentas separuh akhir, Aaron-Wooi Yik tidak mahu ia berulang lagi.
Bagi mereka, kejayaan muncul juara dunia adalah kepuasan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
"Apabila sampai di Tokyo, kami dapat rasa aura kuat dan rasa semangat di sini di gelanggang seperti dalam Sukan Olimpik," tambah Aaron.