Beregu muda sensasi negara, Arif Junaidi-Roy King, menepati ramalan selepas meneruskan kemaraan ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 apabila menewaskan gandingan tuan rumah, Philip Halim-Landon Kurniawan, dalam aksi straight set 21-8, 21-11.
Dengan berbekalkan tonik semangat kecemerlangan prestasi musim ini, gandingan muda itu tekad buktikan kemampuan sebenar di kempen kali ini.
Pada set pertama, Arif-Roy King memulakan aksi dengan corak permainan agresif sehingga wakil tuan rumah tidak mampu melakukan serangan balas dengan acap kali melakukan siri kesilapan mudah untuk gandingan negara merampas set pertama 21-8.
Dalam set kedua pula menyaksikan gandingan di ranking ke-18 dunia itu terus mengekalkan prestasi cemerlang untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 21-11 dalam tempoh 22 minit secara keseluruhan.
Arif-Roy King bakal berdepan gandingan Choi Sol Gyu-Gog V Shem di pusingan 16 terbaik esok.

Raket Power Untuk Anda
Pukulan padu dan mengancam dengan raket VICTOR.
Grab Sekarang