BADMINTON

BAC: Ini rekod pertemuan Aaron-Wooi Yik lawan Wei Keng-Wang Chang

Stadium Astro
Muzaffar Musa
12/04/2025
08:47 MYT
Sponsor Banner
BAC: Ini rekod pertemuan Aaron-Wooi Yik lawan Wei Keng-Wang Chang
Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan menjadi wakil tunggal negara bersaing dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China malam ini.
Mereka akan bertemu pilihan kedua kejohanan, yang juga merupakan jaguh tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang.
Berdasarkan 10 pertemuan terdahulu dengan lawan itu, Aaron dan Wooi Yik hanya memenangi dua daripadanya.
Dua pertemuan terakhir menyaksikan juara dunia 2022 itu tewas dalam separuh akhir dan perlawanan peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos tahun lalu.
Dua kemenangan Aaron dan Wooi Yik ke atas lawan itu pula ialah dalam separuh akhir Piala Thomas pada Mei tahun lalu dalam dalam Masters Indonesia pada 2022.
Anda boleh tonton perlawanan menarik ini di Astro Arena HD saluran 801.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video