BADMINTON
Azriyn sedia berlatih bersama skuad kebangsaan
Pemain profesional negara, Nur Muhd Azriyn Ayub, menjelaskan tiada masalah untuk dia kembali menjalani latihan bersama skuad negara semula, namun harus berbincang terlebih dahulu dengan rakan gandingannya, Mohd Arif Latif, yang kini berada di Kanada sebelum memberi kata putus kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Arif dan Azriyn sebelum ini pernah menjadi anak didik Hendrawan dalam skuad perseorangan negara sebelum membuat keputusan keluar daripada BAM, bermula dengan Arif pada 2013 dan disusuli Azriyn dua tahun berikutnya.
"Saya akan berbincang dengan Arif mengenai tawaran untuk kembali ke skuad kebangsaan," katanya.
Iklan
Bagaimanapun, Azriyn kurang pasti sama ada mereka berdua sempat melakukan persiapan untuk menghadapi Piala Thomas pada Mei depan memandangkan dia dan Arif bakal menghadapi Kejohanan Cabaran Antarabangsa di Osaka, Jepun dan hanya akan kembali pada 16 April.
"Buat masa ini, saya tidak pasti dengan persiapan ke Piala Thomas kerana bakal ke Jepun untuk menghadapi kejohanan di sana."
Pasangan beregu BAM:
• Goh V Shem-Tan Wee Kiong
• Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
• Chooi Kah Ming-Low Juan Shen
• Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei
• Shia Chun Kang-Tan Wee Gieen
• Soh Wooi Yik-Aaron Chia
Senarai pemain yang dijemput BAM:
• Azriyn Ayub
• Arif Latif
• Tan Khim Wah
Must-Watch Video