Selepas menelusuri empat buah negeri, tumpuan Astro Kem Badminton (AKB) kini terarah kepada fasa pemilihan akhir yang akan mengangkat seramai lapan peserta terbaik untuk merasai pengalaman berlatih bersama jurulatih profesional di sekolah badminton Banthongyord, Thailand.
Melihat kembali kepada jelajah 2025 ini, rata-rata peserta berkongsi pendapat sama -- program latihan yang dirangka sepanjang kem berlangsung banyak membantu mengenal pasti teknik pukulan dan gaya permainan yang bersesuaian berdasarkan kekuatan masing-masing.
Mengidolakan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, peserta cilik berusia 12 tahun, Rehhan Preman, mahu menjadikan AKB sebagai pentas untuk menggilap bakat sedia ada, dan merealisasikan impiannya untuk menjadi perintis badminton negara suatu hari nanti.