BADMINTON
Amsyar tarik diri daripada skuad terjun negara
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, menghantar surat menarik diri daripada skuad kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN), sekali gus mengesahkan spekulasi persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti untuk Malaysia.
Selepas hampir setahun tidak bersama skuad kebangsaan, Amsyar akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar surat menarik diri daripada MSN untuk memberi keutamaan kepada pengajian.
Amsyar berkata, "Saya kini memberikan tumpuan kepada pengajian dan mengambil keputusan menarik diri daripada mewakili skuad kebangsaan.
Iklan
"Dalam masa sama, saya akan mencari ruang menjadi jurulatih sambilan bersama pasukan negeri untuk menaikkan lebih ramai atlet terjun."
Ditanya sama ada akan kembali bersama skuad kebangsaan selepas tamat pengajian, Amsyar membalas "Mungkin, saya akan melihat terlebih dahulu perancangan saya. Mungkin saya boleh masuk ke dalam bidang penyiaran sebagai pengulas selepas ini."
Must-Watch Video