Presiden, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, menjelaskan fokus utamanya selaku pemimpin tertinggi badan induk itu adalah memastikan Akademi Badminton Bukit Kiara menjadi pusat kecemerlangan serta 'kilang' untuk melahirkan pemain berbakat.
"Pertama sekali, kita perlu mempersiapkan akademi. Kalau boleh, saya mahu pemain elit dan pelapis berada di bawah satu bumbung.
"Mereka tinggal, makan minum dan tidur bersama. Ini akan membolehkan kami di BAM memantau kemajuan mereka dengan rapi," ujarnya.
Selain itu, Norza turut memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pencarian pengganti Datuk Lee Chong Wei.
"Kami mahu melihat kategori perseorangan lelaki bergerak ke hadapan dengan lebih rancak. Saya mahu pemain perseorangan lain tidak berada jauh di belakang Chong Wei."
Norza kini sedang mencari pengurus besar baru BAM supaya dapat menjadi pelaksana kepada pelan induk yang bakal dirancang serta memastikan ia berjaya dilaksanakan.
"Buat masa ini, kita telah mengeluarkan iklan untuk mencari pengurus besar yang baru dan ketua kepada Akademi BAM."
Dia turut menyentuh mengenai isu kejurulatihan yang ketika ini menyaksikan BAM memiliki dua nakhoda -- Morten Frost selaku Pengarah Teknikal BAM serta Hendrawan yang mengendalikan projek khas menjaga kepentingan Chong Wei.
Norza -- yang diplih presiden BAM yang baru pada 21 April lalu -- turut menyatakan hasratnya bagi membentuk legasi dalam pembinaan pemain muda berbakat yang memiliki mental dan fizikal yang kuat.
Pada masa sama, dia turut memberi jaminan akan bekerja keras bagi memastikan kejayaan lebih besar mampu dicapai.