Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sports Arena, Datuk Jack Koh, berkongsikan keunikan Kejohanan Lightning Cup International Championship 2025 yang akan membuka tirai bermula 21 hingga 25 Ogos depan.
Kejohanan edisi kedua yang akan membuka tirai di Genting Highland, Pahang itu bakal mempertaruhkan sbeanyak 68 acara selain dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68 tahun.
"Keunikan Kejohanan Lightning Cup ini merupakan masters tournament berbanding kejohanan sebelum ini yang tertumpu kepada profesional seperti BWF.
"Tetapi kejohanan ini untuk mereka yang teringin bermain walau sudah berkerja masih ingin bermain secara kompetitif.
"Tahun ini ada 68 acara bersama Hari Kemerdekaan negara, dilakukan sempena bulan kemerdekaan.
"Pendaftaran sudah ditutup dan permohonan telah penuh
bagi sesiapa yang berminat boleh datang tengok secara percuma di Genting Awana, akan ada selebriti tanah air selain berpeluang berjumpa."katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih Petaling BC, Kwan Yoke Meng, turut menjelaskan sebanyak 518 peserta akan mengambil bahagian meliputi bekas pemain profesional dari Indonesia dan Malaysia.
"Kejohanan ini telah menarik 518 peserta, ramai yang bekas atlet daripada Sukan Olimpik, Piala Thomas dan Piala Uber seperti Bobby Hartanto, Misbun Sidek, Rashid Sidek, Marleve Mainaky, Eddy Hartono semua akan ada. Mereka sangat aktif." tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.
Dapatkan Sekarang